Isu Panas

Hasan tenang terima berita dipecat

SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali tenang ketika menerima berita pemecatan beliau dari parti itu petang ini.

Pegawainya memberitahu Sinar Harian Online bahawa bagaimanapun beliau masih belum menerima surat rasmi mengenai keputusan pemecatan berkenaan.

Ketika ditanya reaksi Exco Kerajaan Negeri selangor itu sebaik mengetahui beliau dipecat, pegawai berkenaan berkata, “semuanya OK.”

“Datuk OK, dia tenang saja bila dapat tahu dia dipecat dari keahlian Pas. Datuk akan adakan sidang media khas mengenai pemecatan beliau dalam sehari dua ini,” kata pegawai berkenaan.

Pegawai berkenaan yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, Hasan, 65, mengetahui mengenai pemecatan beliau pada mulanya melalui panggilan telefon daripada rakan-rakan terdekat, laporan berita portal dan juga beberapa laman blog.

Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia, yang pernah menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor selama tiga penggal dipecat sebagai ahli Pas serta-merta hari ini.

Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa kerja Pas pusat.

Pengumuman mengenai pemecatan beliau dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kata Abdul Hadi, beliau dipecat setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa kerja Pas pusat dalam mesyuarat yang diadakan hari ini.

“Pas pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas,” demikian menurut Hadi dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada media hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");