Perak Aman Jaya, Perak Hari Ini

IDR semakin matang setelah 30 bulan ditubuhkan

Apabila Institut Darul Ridzuan (IDR) ditubuhkan sekitar tahun 2005, tidak ramai rakyat Perak mahupun di luar negeri itu tahu tentang kewujudannya serta fungsi dan peranan agensi terbabit.

Namun setelah 30 bulan ia dibangunkan agensi yang bertindak sebagai tangki pemikir bagi pembangunan Perak itu mula menampakkan taringnya dalam usaha membantu kerajaan negeri merancang atau melaksana pelbagai initiatif demi membantu rakyat dalam semua aspek.

IDR yang memainkan peranan aktif dalam membantu kerajaan negeri untuk mencapai wawasannya dibawah kepimpinan Barisan Nasional.

Mungkin sebelum ini wujud khabar-khabar angin yang mempertikaikan fungsi IDR sebagai badan pemikir malah ada yang mengatakan agensi itu seolah-olah berfungsi seperti agen pengurusan majlis.

Namun adalah menjadi kepentingan media sama ada arus perdana atau media siber yang menjadi medium kepada agensi itu untuk menyalurkan maklumat mengenai IDR kepada rakyat.

Justeru itu, satu program, Sembang Pagi 2012 IDR bersama Media dan Bloggers diadakan semata-mata untuk menghargai jasa mereka selain memberi penerangan penuh mengenai pencapaian IDR setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif IDR, Aminuddin Hashim berkata adalah menjadi kepentingan untuk memastikan rakyat Perak tahu akan kewujudan dan peranan IDR yang bertindak sebagai sebuah badan pemikir untuk kerajaan negeri Perak.

“Peranan kami adalah memerah otak untuk merancang program-program pembangunan untuk dilaksanakan oleh kerajaan negeri jadi ia kami untuk menjana idea-idea sesuai sebelum dicadangkan kepada kerajaan dan kemudiannya dilaksanakan.

“Ramai dikalangan orang awam tidak sedar peranan dan fungsi sebuah badan pemikir dan sebab itu kami amat berterima kasih kepada media sama ada arus perdana atau pun dikalangan bloggers yang tidak henti-henti membantu kami dalam aspek interaksi dengan rakyat.

Tambahnya, IDR adalah institut yang bukan berasaskan keuntungan sebaliknya ia ditubuhkan menjalankan penyelidikan seperti berkaitan polisi-polisi sosial, strategi politik, ekonomi, sains atau isu-isu teknologi, dan perindustrian atau dasar perniagaan.

Berikut adalah antara pencapaian IDR sepanjang 30 bulan ia ditubuhkan:

  1. Perlaksanaan Konsep Perak Aman Jaya – Merupakan satu pelan transformasi yang merangkumi 3 aspek iaitu transformasi sosial, ekonomi dan wilayah. Dengan wujudnya konsep ini maka Kerajaan Negeri membangunkan Perak berdasarkan Pelan Transformasi Kerajaan, Ekonomi dan Luar Bandar.
  2. Forum Majlis Ekonomi (MEP) – Disertai oleh ahli perniagaan dari pelbagai sektor untuk membincangkan pelbagai isu semasa berkaitan pembangunan modal insan untuk ekonomi baru.
  3. Blue Ocean Strategy (BOS) – Untuk mengetengahkan keadah mencipta pasaran baru daripada bersaing di dalam industri sedia ada.
  4. Makmal Perak Aman Jaya – 9 buah makmal diwujudkan untuk 7 KRA Aman Jaya yang bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada isu-isu utama selain menghasilkan kaedah, strategi dan pembangunan sosio-ekonomi negeri.
  5. Asia Human Resources Development Congress – Pembentangan kertas kerja Model Pusat Kerjaya Aman Jaya dan telah mendapat pengiktirafan peserta kongress sebagai pendekatan yang prihatin dan dinamik.
  6. Pusat Kerjaya Aman Jaya – Ditubuhkan untuk membantu, mencari, menyelaras, melatih, memberi pengetahuan tambahan dan melengkapkan graduan anak jati Perak yang tidak bekerja mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan bakat dan kemahiran.
  7. Koloni Karyawan Aman Jaya- Platform untuk golongan seni berkarya dalam semua aspek.
  8. Bajet Perak Aman Jaya 2012 – Pembentukan Bajet yang berteraskan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");