Membawang Hari Ini
Like

Iqa Mentor Tidak Selesa Gambar Basah Dijaja

January 4, 2012
266 Views
0 Comments
2 minutes read
Iqa Mentor Tidak Selesa Gambar Basah Dijaja

Niat empunya diri sekadar mahu memeriahkan majlis Splash Party anjuran sebuah majalah hiburan namun kini artis baru naungan KRU, Iqa atau lebih dikenali dengan nama Iqa Mentor mengakui tertekan apabila gambarnya dalam keadaan basah disebarkan di blog-blog dan laman sosial.

Tidak selesa dengan situasi yang sedang dialaminya, jelas Iqa Mentor, dia kecewa kerana gambar tersebut disebarkan dan dijadikan bahan sensasi sesetengah pihak.

“Sejujurnya gambar itu diambil secara spontan dan saya bergambar dalam keadaan baju yang basah. Namun saya sendiri tidak sedar apabila dalam keadaan basah, baju tersebut kelihatan agak jarang ketika itu. Saya sendiri terkejut selepas melihat gambar itu disiarkan dan tidak menafikan yang ia agak keterlaluan.

“Saya berasa sedih dan amat kesal dengan apa yang terjadi serta memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak khususnya para peminat. Sama sekali perkara ini berlaku bukan atas niat dan tidak dirancang, tidak juga bertujuan untuk mencari publisiti, dan keseluruhannya berada diluar kawalan,” katanya kepada portal murai.com.my bercerita mengenai kekesalannya berhubung isu tersebut.

Menyambung perbualan kata pelantun lagu Di Penghujungnya ini, bukan hanya dirinya seorang yang basah di majlis tersebut tetapi kesemua artis yang hadir turut basah kuyup. Cuma apabila gambarnya dijaja sememangnya dia kurang selesa dan kesal.

“Sebenarnya ada pakaian lain yang telah saya sediakan pada hari tersebut. Tetapi memandangkan jarak kawasan meletak kenderaan jauh jadi saya tidak menukar baju kerana tidak mahu menyusahkan penganjur yang telah menyusun segala aktiviti mengikut jadual.

“Bukan saya seorang sahaja yang basah pada hari tersebut, ke semua artis jemputan dan peminat yang hadir turut basah kerana majlis tersebut memang diadakan di kawasan air,”jelasnya lagi.

Mengharapkan agar namanya tidak dipalit dengan isu seksi ataupun sengaja mencari publisiti murahan, Iqa berharap tiada pihak yang salah faham terhadap dirinya lagi.

Komen & Pendapat

Leave a Reply