Perak Hari Ini

Kertas Siasatan Perhimpunan Haram Pelajar Hampir Siap

Polis hampir selesai melengkapkan kertas siasatan berhubung perhimpunan haram melibatkan kira-kira 70 pelajar universiti di perkarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim baru-baru ini, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Beliau berkata apabila kertas siasatan mengikut pelbagai sudut itu siap ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya dalam masa terdekat.

“Polis telah mengambil keterangan beberapa pelajar terlibat dan merakam percakapan anggota kami yang terlibat menyuraikan perhimpunan dalam melengkapkan kertas siasatan,” kata Mohd Shukri kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Batu Gajah di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah di sini.

ACP Shaharon Anuar Abdul Latif dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Batu Gajah yang baru menggantikan Supt Ahmad Nordin Jaafar yang akan bersara.

Mohd Shukri menegaskan polis mempunyai bukti rakaman video yang menunjukkan mereka tidak menggunakan kekerasan atau membawa kayu dan blantan ketika menyuraikan perhimpunan haram itu.

Dalam kejadian pada 31 Dis itu, seramai 17 siswa termasuk seorang wanita ditahan kerana menyertai perhimpunan haram anjuran kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan ambang Tahun Baru 2012 di UPSI.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");