Berita Hari Ini

Liow Saran Calon PRU Ke-13 Jalani Pemeriksaan Kesihatan

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyaran calon-calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 supaya menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka sentiasa dalam keadaan sihat.

Katanya tahap kesihatan amat penting bagi membolehkan setiap calon dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat sekiranya dipilih kelak.

“Kita harap semua parti melihat kepada status kesihatan calon masing-masing,” kata Liow, yang juga Timbalan Presiden MCA, kepada pemberita selepas melawat Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari di kementerian itu di sini, hari ini.

Menurutnya MCA meletakkan syarat itu dan akan meminta setiap calonnya menghantar status kesihatan kepada presiden.

Liow turut menasihatkan semua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen supaya menjaga kesihatan dan menjalani pemeriksaan kesihatan untuk kekal cergas bagi melaksanakan tugas.

“Kementerian sering mengadakan pemeriksaan kesihatan di Dewan Negara dan Parlimen. Saya juga akan menghantar surat kepada anggota Parlimen dan ADUN sekiranya mereka memerlukan bantuan dari kementerian,” katanya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");