Kolumnis

Mahasiswa jadi bodoh jika terjerat dengan politik Anwar.

Mengapa mahasiswa pro Anwar yang berdemonstrasi di hadapan UPSI semalam begitu teringin akta AUKU dihapuskan? Apakah mereka sudah tiada minat untuk belajar dan berminat sangat untuk menceburkan diri didalam kancah politik negara?

Tujuan AUKU dibuat ialah untuk melindungi pada pelajar di institusi pengajian tinggi negara dari sebarang anasir politik. AUKU juga dibuat untuk memastikan anak-anak yang dihantar oleh ibubapanya untuk menimba ilmu, akan kekal fokus kepada mendalami ilmu.., bukannya bermain “cinta” dengan parti-parti politik.

Jika pelajar dibenarkan dihasut oleh parti-parti politik yang ada sekarang, maka hasilnya boleh kita lihat sendiri seperti apa yang berlaku dihadapan UPSI semalam.

Para mahasiswa pro Pakatan yang berdemo di hadapan UPSI semalam telah membuktikan bahawa orang yang berilmu bukan semestinya cerdik sepanjang masa. Pelajar yang berilmu akan segera bertukar menjadi biadap serta kurang waras apabila terkena racun politik terutama racun yang “disuntik” oleh Anwar Ibrahim.

Kita sendiri boleh menilai kelakuan para pelajar yang menjadi kuda tunggangan Anwar semalam. Kononnya mereka mahu menyerahkan memorandum untuk bebaskan Adam Adli, tetapi mengapa mereka memilih untuk menyerahkannya pada waktu malam? Kenapa tidak diserahkan pada waktu siang?

Dan jika dikatakan mereka mahu kebebasan akademik, apakah mereka selama ini dikongkong untuk meyuarakan sebarang ketidakpuasan hati mereka? Tiada lagikah saluran yang betul untuk mereka berikan cadangan hinggakan terpaksa bertempur dengan pihak Polis di jalanan?

Semalam, mahasiswa pro Pakatan telah diberikan ruang secukupnya oleh Polis untuk menyuarakan pendapat mereka. Ruang untuk menyerahkan memorandum kepada pihak Universiti juga diberikan seperti yang mereka mahukan. Tapi mengapa mereka masih tak berpuas hati?

Perlukah berhimpun selama 16 jam hanya untuk menyuarakan pendapat berkenaan seorang mahasiswa (Adam Adli) yang bersikap biadap terhadap ulul amri? Apakah mahasiswa yang berdemo dihadapan UPSI semalam tak faham bahasa melayu apabila berulang kali dinasihatkan supaya bersurai?

Ini semua membuktikan pelajar-pelajar kita masih belum matang untuk berpolitik. Kalau arahan serta undang-undang pun tak mampu mereka patuhi, apakah mereka mampu untuk mencorakkan masa depan negara dengan lebih cemerlang?

Dan bukankah sangat lucu apabila mereka katakan bahawa semalam mereka menjadi suara semua mahasiswa dalam negara? Yang berkumpul hanya 20 orang.., bukannya 20 ribu atau 2 ribu orang.

Siapa sebenarnya yang mereka hendak bodohkan?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");