Isu Panas

Makin Terdesak! PKR Kerah Setiap Cabang WAJIB Hantar 100 Ahli

Setiap cabang PKR di seluruh negara telah dikerahkan dan diarahkan oleh Azmin Ali agar menghantar sekurang-kurangnya 100 orang ahli pada 9 Januari 2012 ke Kuala Lumpur.

Kehadiran adalah DIWAJIBKAN bagi menunjukkan solidariti serta kasih sayang kepada Anwar Ibrahim yang akan mengetahui nasibnya setelah perbicaraan liwat yang paling panjang dalam sejarahMalaysiadiketahui keputusannya pada hari itu.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan agar penganjur demonstrasi Gerakan Bebaskan Anwar 901 (FAC) agar menarik semula hasrat mereka untuk menghimpunkan orang ramai di pekarangan Mahkamah Tinggi dan di tengah-tengahKuala Lumpurbagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Agak menarik apabila modus operandi PKR yang diketuai oleh Azmin Ali, tidak lagi menggunakan blog mahupun Facebook, sebaliknya menggunakan Twitter dan BBM.

Dalam arahannya, Azmin Ali meminta agar ahli-ahli PKR yang hadir untuk menggemparkan pihak berkuasa dan menggertak hakim Mahkamah Tinggi agar datang secara bersendirian sama ada menggunakan kenderaan sendiri mahupun kenderaan awam.

Mereka tidak digalakkan berkonvoi bagi mengelakkan pihak berkuasa mudah mengesan serta menangkap atau menghalang kemasukan keKuala Lumpur.

Tempat pertemuan adalah di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012, jam 7.00 pagi.

Kesemua PKR Negeri turut diarahkan agar mendapatkan sokongan daripada Pas dan DAP untuk menghantar ahli-ahli mereka seramai mungkin ke pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari itu.

-anwaraidc.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");