Berita Hari Ini, Perak Hari Ini

Menyemak dan menilai perkembangan projek penggerak ekonomi (EPP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempengerusikan satu mesyuarat yang akan dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) dan semua Ketua Setiuasaha (KSU) yang merupakan jawatankuasa bagi menyemak dan menilai perkembangan projek penggerak ekonomi (EPP).

Mesyuarat tersebut adalah bagi membincangkan perkembangan projek-projek pembangunan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dijadualkan pada Januari 2012, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, jawatankuasa tersebut sebelum ini telah bermesyuarat bagi membincangkan kekangan yang dihadapi di dalam menyiapkan lebih 80 peratus dari 131 EPP yang dimulakan sebelum ini.

”Apabila sesuatu projek itu dimulakan bermakna kerajaan akan membuat perbelanjaan sehingga projek tersebut siap.

”Ada diantara projek ini yang memakan masa sehingga dua atau tiga tahun dan ada juga yang memakan masa hingga 10 tahun untuk disiapkan,”katanya dalam sidang media selepas merasmikan Gelanggang Rakyat, Kampung Cik Zainal di sini hari ini.

Ahmad Husni berkata, mesyuarat itu akan membincangkan masalah-masalah yang boleh menjadi halangan atau mengekang projek-projek tersebut siap mengikut jadual.

Tambahnya lagi, kerajaan akan membuat perancangan yang teliti dan langkah-langkah perlu bagi memastikan tiada penangguhan di dalam projek-projek yang dijalankan.

Sementara itu, katanya, perkembangan ekonomi negara pada tahun hadapan tidak akan terjejas walaupun penganalisis menjangkakan ekonomi beberapa negara di Eropah belum pulih sepenuhnya.

Beliau berkata, sekiranya tiada kemerosotan melanda Eropah pada 2012, ekonomi negara akan berkembang dengan lebih baik kerana kita mempunyai eksport dengan beberapa negara berkenaan.

”Sebahagian besar penganalisis menjangkakan ekonomi Amerika Syarikat akan berkembang pada tahun hadapan berdasarkan perkembangan positif negara berkenaan pada suku ketiga dan keempat tahun ini.

”Perkembangan itu juga melampaui sasaran awal,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");