Perak Hari Ini

Pas Perak membantah sekatan kuliah subuh dan maghrib di Taiping

Ekoran daripada larangan kuliah maghrib dan subuh yang kerap dibuat di Masjid Daerah Taiping oleh beberapa orang ustaz dari parti Pas, satu demontrasi membantah sekatan telah dibuat oleh Pas Perak pada Jumaat lepas selepas selesai solat Jumaat.

Kebanyakan peserta demontrasi bukanlah dari kairiah tersebut tetapi telah dibawa masuk dari luar dan ada yang balik menaiki keretapi ke selatan pada malam tersebut.

Sepuluh nama telah disenaraikan dan ditegah untuk memberi sebarang bentuk kuliah agama kerana laporan daripada penduduk Taiping terutama anak-anak kairaih tersebut yang jemu dan bosan dengan sikap mereka yang sering menggunakan peluang untuk tujuan politik semata-mata.

Isu ini bukan sahaja di masjid tersebut tetapi di semua masjid yang jawatankuasanya dikuasai 100 % oleh PAS selepas mereka merampas kuasa pada awal tahun 2000 yang lalu,

Nama-nama mereka yang dilarang memberi kuliah adalah seperti berikut.

  1. Ustaz Ahmad Awang- [PAS]
  2. Ustaz Wan Tarmizi bin Abd Aziz- [PAS]
  3. Ustaz Dr Jamnul Azhar bin Mulkan- [PAS]
  4. Ustaz Jamnul Azazi Rahim bin Mulkan-[PAS]
  5. Ustaz Jamnul Aizul bin Mulkan-[PAS]
  6. Ustaz Zakaria Ahmad-[PAS]
  7. Ustaz Hamzah Awang-[PAS]
  8. Ustaz Sobri Arshad-[PAS]
  9. Ustaz Muhsin Musa-[PAS]
  10. Ustaz Ahmadan Ghazali-[PAS]

Adalah diharapkan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak terus memantau masjid-masjid lain seluruh negeri Perak. Apa yang dilakukan oleh Pas adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Masjid sepatutnya menjadi tempat menyatu padukan umat Islam tetapi kini setelah Pas merampas jawatankuasa kebanyakan masjid menjadi huru hara dan tidak lagi menjadi tempat yang mulia.

Masjid yang dikuasai oleh Pas menjadi kotor dan tidak terurus. malah ada masjid yang sengaja diwarnakan dengan warna hijau Pas dan ada yang mengibarkan bendera Pas. Tak cukup dengan itu mereka juga meletakkan gambar pemimpin Pas seperti gambar Nik Aziz.

Malah akhbar Harakah juga sengaja diletakkan di serambi masjid untuk tujuan politik.  Untuk maklumat lanjut sila ke blog Taipingmali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");