Isu Panas

Pas Terpaksa Tunduk Kepada DAP, PKR Untuk Survival Politiknya

KUALA LUMPUR 11 Jan –Pas kini sudah kehilangan arah, dalam memastikan parti itu terus relevan bersama rakan sekutunya, DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang.

Pas juga kini sudah kehilangan punca dan terpaksa mengikut telunjuk kedua-dua parti itu bagi memastikan dapat bersama untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.

Walaupun, kepimpinan Pas menafikan perkara itu, namun tindakan yang dilakukan sejak kebelakangan ini jelas menunjukkan perkara itu berlaku termasuk kes pemecatan bekas pesuruhanjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali selepas mengeluarkan kenyataan membabitkan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penganalisa politik UKM, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat menyifatkan pemecatan Dr Hassan adalah bukti jelas bagaimana DAP dan PKR berjaya menguasai Pas secara tidak langsung walaupun perkara itu dinafikan.

“Memang tiada bukti untuk mengatakan Pas dikuasai oleh DAP dan PKR, apa yang berlaku kebelakangan ini sejak Pas terbabit dengan kedua-dua parti itu, jelas menunjukkan ianya berlaku secara tidak langsung.

“Mula-mula dahulu, Pas mengeluarkan perjuangan negara Islam kepada negara berkebajikan, apabila ia mendapat tentangan daripada DAP terutamanya Karpal Singh, walaupun Pas mengatakan mereka masih ke arah itu, namun ia tidak dimaksudkan ke dalam Buku Jingga yang menjadi manifesto kepada pakatan pembangkang.

“Pemecatan Dr Hassan, itu lagi bukti Pas terus menjadi kuda tunggangan, tindakan Dr Hassan mengkritik Anwar menimbulkan rasa tidak senang pemimpin Pas sehingga bertindak memecat beliau, sedangkan Dr Hassan boleh dianggap sebagai asset kepada parti itu,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Menurutnya, berita yang dilaporkan oleh akhbar China, bahawa Pas sanggup menyerahkan tiga kerusinya kepada DAP pada pilihan raya umum nanti menyerlahkan lagi dakwaan Pas kini sudah menjadi `Pak Turut’.

Katanya, Pas sebenarnya terpaksa bergantung harap kepada kedua-dua parti itu kerana ingin mendapatkan undi dari bukan Melayu selepas menyedari sokongan mereka daripada orang Melayu sudah berkurangan.

“Jika perkara ini berterusan, Pas akan kehilangan banyak kerusinya pada pilihan raya nanti, walau bagaimanapun, Barisan Nasional terutamanya UMNO tidak boleh menganggap ianya sebagai satu bonus, kerana apa-apa pun boleh terjadi dalam pilihan raya nanti.

“Dalam memastikan parti itu terus relevan bukan sahaja di kalangan orang  Melayu, Pas akan sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan mereka daripada terus terpinggir dalam politik tanah air,” katanya.

-MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");