Perak Hari Ini

Pemukiman BNBBC kembalikan sokongan rakyat, erat hubungan dengan pemimpin

Penganjuran Program Pemukiman Kelab Adun Barisan Nasional (BNBBC) buat kali kedua di Perak bukan sahaja berjaya mengembalikan sokongan rakyat  tetapi juga dapat mengeratkan hubungan lagi peringkat akar umbi dengan golongan pemimpin.

Program tiga hari dua malam yang menggunakan pendekatan keluarga angkat itu dapat memberi ruang kepada pemimpin untuk mendekati dan menyelami  pelbagai masalah yang dihadapi rakyat.

Salah seorang peserta yang ditemui, Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh memberitahu pemukiman itu dilihat antara cara  efektif yang diaplikasikan oleh BN dalam usaha mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat.

Malah katanya, rakyat dilihat sungguh gembira dengan kedatangan pemimpin-pemimpin ke kampung atau rumah mereka dan ia sekaligus merasai ‘sentuhan ukhuwah’ yang terjalin sepanjang pemukiman itu berlangsung.

“Apa yang saya lihat rakyat semua gembira kerana pemimpin dapat duduk bersama-sama mereka dan berbual tentang apa sahaja.

“Jadi dengan adanya perbualan secara terus antara pemimpin dengan rakyat maka segala kekusutan mereka berkaitan pelbagai isu dapat dijelaskan satu persatu dimana ia akhirnya mendatangkan kefahaman yang positif tentang BN.

“Saya percaya jika cara ini yang digunapakai oleh BN maka Perak akan sentiasa dibawah pentadbiran parti itu,” katanya kepada Perak Today.

Keshvinder yang kali kedua menyertai pemukiman turut merasakan program seumpama itu wajar diteruskan di masa akan datang.

Turut menyertai pemukiman itu adalah Adun Sekong, Datuk Samsuddin Yahya yang begitu berbesar hati dapat menemui rakyat Perak dan menyifatkan keadaan negeri itu lebih baik jika dibandingkan dengan negeri Sabah.

Justeru beliau menambah, rakyat Perak sepatutnya bersyukur dengan keistimewaan selain faedah yang telah kerajaan berikan.

“Apabila sampai di sini, saya lihat sambutan dan penerimaan penduduk amat bermakna sekali kerana bukan semua pemimpin yang sanggup bukan hanya berkunjung malah tinggal bersama-sama mereka.

“Ketika saya membuat ceramah, dapat saya rasakan hubungan dengan penduduk begitu rapat dan mereka bebas bertanyakan segala persoalan berkaitan isu-isu kontroversi,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, apa yang diharapkan kini adalah pemukiman ini dapat dilaksanakan di negeri-negeri yang memerlukannya seperti Kelantan.

“Program ini sememangnya mampu memberi penjelasan tepat tentang isu-isu berkaitan BN jadi saya rasa kita perlu bantu rakyat Kelantan untuk memahami perkara-perkara yang meranapkan kepercayaan mereka terhadap BN,” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, yang turut menjadi peserta memberitahu misi pemukiman untuk meninjau masalah rakyat telah berjaya dilaksanakan oleh adun-adun yang terlibat.

Katanya, untuk memberi penjelasan kepada rakyat adalah sesuatu yang mudah bagaimanapun untuk mengubah terus persepsi mereka adalah sukar.

“Secara logiknya kita tidak akan dapat mengubah persepsi rakyat hanya dalam tempoh 3 hari 2 malam tetapi sekurang-kurangnya kita mencuba.

“Saya dapat lihat rakyat begitu gembira kerana dengan adanya pemukiman ini mereka dapat memberikan pandangan selain meluahkan masalah masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan program itu di Parlimen Bukit Gantang, sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri  Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Kelab BNBBC Malaysia, Datuk Nadzri Ismail dan Ketua UMNO Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");