Sukan Hari Ini

Perak akan bertemu tiga gergasi bolasepak

Perak akan bertemu tiga gergasi bolasepak negara dalam tiga perlawanan awal Liga Super 2012 iaitu Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

Keseluruhan pemain yang diuji dalam beberapa perlawanan persahabatan di dalam dan luar negara itu dijadualkan turun menentang juara Piala FA 2011, Terengganu di gelanggang sendiri malam esok.

Diikuti perlawanan kedua pada 14 Januari menentang Selangor di Stadium Shah Alam dan cabaran ketiganya menentang juara Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan di Ipoh pada 17 Januari.

Walaupun keletihan para pemain belum pulih, Perak terpaksa berdepan dengan ketiga-tiga cabaran yang sudah pasti memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi daripada para pemain.

Oleh itu, para pemain Perak perlu bekerja keras bagi mengekalkan kemantapan dan persefahaman dalam pasukan berkenaan agar tidak terlepas mata yang berharga.

Sebelum ini, pasukan ini telah diuji melalui tujuh perlawanan ujian dengan pasukan tempatan serta siri perlawanan ujian menentang kelab yang bermain dalam Indonesian Premier League ( IPL ) dan Indonesia Super League ( ISL ).

Cabaran Liga Super bagi musim 2012 akan lebih meriah apabila semua pasukan termasuk Perak dibenarkan mengambil dua pemain import.

Sehubungan dengan itu, Perak menggunakan dua pemain import iaitu Lazar Popovic, 28, yang juga bekas penyerang remaja Serbia dan bekas pemain tengah remaja Slovakia, Michal Kubala, 31.

Kelab-kelab penyokong di negeri ini diminta bersatu suara bagi memberi sokongan padu kepada para pemain skuad Seladang untuk berdepan cabaran getir tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");