Sukan Hari Ini
Like

Perak Hasrat Tubuh Akademi Bola Sepak Cungkil Bakat Baru

January 3, 2012
73 Views
0 Comments
1 minute read
Perak Hasrat Tubuh Akademi Bola Sepak Cungkil Bakat Baru

IPOH: Kerajaan negeri Perak bercadang mewujudkan sebuah akademi bola sepak tahun ini untuk membangunkan sukan itu di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, “Penubuhan akademi itu adalah hasil perbincangan kerajaan negeri dengan Vale Manufacturing Sdn Bhd (Vale Malaysia) yang telah memberikan ‘lampu hijau’… untuk pembangunan bola sepak terutama ke arah menyediakan pemain dan pembangunan sukan itu di Perak”.

Zambry bercakap kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pemain bola sepak skuad Perak di kediaman rasminya di sini Isnin.

Vale, syarikat perlombongan kedua terbesar di dunia yang berpangkalan di Brazil telah membuka pusat pengedaran bijih besi bagi pasaran Asia Pasifiknya di Teluk Rubiah, dekat Lumut.

Menteri Besar turut mengumumkan sumbangan RM25,000 kerajaan negeri kepada lima buah kelab penyokong yang disalurkan melalui PAFA. – BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply