Perak Hari Ini

PM rasmi Pemukiman BNBBC di Parlimen Bukit Gantang malam ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan merasmikan Program Pemukiman Adun-Adun Barisan Nasional (BNBBC) dari seluruh Malaysia di Parlimen Bukit Gantang, Jalan Simpang-Taiping, malam ini.

Majlis yang dijadual bermula jam 8.30 malam itu dijangka dihadiri kira-kira 15,000 rakyat jelata selain menghimpunkan 185 wakil rakyat BN yang mengambil bahagian dalam program berkenaan.

Sebelum itu, Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh jam 7.30 malam sempena lawatan kerja dua hari ke negeri Perak.

Esok, seawal jam 7 pagi, Najib dan rombongan akan bergerak ke Dataran Esplanade, Taiping untuk program Senaman 1Malaysia yang dijangka menarik kehadiran 5,000 pengunjung.

Beliau seterusnya dijadualkan mengikuti program Walkabout dan Sarapan Pagi Bersama Perdana Menteri di Casual Market yang cukup terkenal di kalangan penduduk bandar Taiping.

Pada jam 10 pagi, Perdana Menteri akan merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2011 di Padang Bandaran Parit Buntar.

Dijangka, lebih 10,000 pengunjung akan membanjiiri kawasan itu dan Najib akan turut mengumumkan Dasar Agro Makanan Negara.

Pada sebelah petangnya, beliau akan menghadiri Kenduri Rakyat dan melawat Galeri Banjar di Masjid Tinggi, dekat Bagan Serai.

Kira-kira jam 3 petang, rombongan Perdana Menteri dijangka tiba di Padang Felda Ijok untuk program Bersama Rakyat Parlimen Larut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");