Isu Panas

Polis Benarkan Demo 901

KUALA LUMPUR: Polis membenarkan kumpulan pembangkang meneruskan demonstrasi 901 secara aman selaras dengan semangat Akta Perhimpunan Aman 2011.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kumpulan pembangkang dibenarkan mengadakan perhimpunan pada Isnin ini di tempat letak kereta awam di luar kompleks Mahkamah Jalan Duta.

“Berdasarkan perbincangan, pihak polis benarkan mereka mengadakan perhimpunan selaras dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang belum digazetkan.

“Kita bersetuju benarkan mereka berhimpun di tempat letak kereta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur di sini, Jumaat.

Persetujuan itu dibuat ketika mengadakan pertemuaan dengan wakil pembangkang yang diketuai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");