Perak Hari Ini

Program berorientasi rakyat terus diperbanyakkan

Kerajaan Perak bercadang untuk memperbanyakkan lagi program yang berorientasikan rakyat seperti turun padang yang membabitkan kawasan di serata pelusuk negeri, demikian tegas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Katanya, melalui pendekatan itu, masalah rakyat dapat diselesaikan dan mereka juga berpeluang berinteraksi dengan pemimpin  di setiap peringkat.

“Tahun ini, saya berazam untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat Perak dengan meneruskan program yang berorientasikan rakyat dan segala kelemahan perlulah diperbaiki untuk kepentingan negeri dan rakyat jelata.

“Usaha mendekati rakyat ini tidak boleh terhenti sebaliknya ia perlu diteruskan dan untuk 2012 ini, kita jangka program turun padang akan dilaksanakan dengan lebih kerap,” katanya sambil menegaskan usaha itu tiada kaitan dengan pilihan raya umum akan datang.

Dalam perkembangan lain, syarikat korporat di negeri ini disaran supaya tampil membantu kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan dengan menyediakan rumah yang selesa kepada rakyat miskin.

Tambahnya, selain Yayasan Bina Upaya (YBU), syarikat korporat boleh melaksanakan tanggungjawab sosial korporat mereka dengan menyalurkan bantuan itu samada membina rumah baru atau membaiki rumah yang rosak.

“Kerajaan negeri mengharapkan agar syarikat korporat tampil untuk membantu kita membasmi kemiskinan dan menyediakan keperluan asas seperti rumah yang selesa kepada rakyat miskin,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, YBU juga katanya, menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat secara teliti setiap permohonan rakyat untuk memperolehi bantuan rumah yang disalurkan agensi terbabit.

Ini katanya, perlu bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.

“YBU diberi tugas utama untuk membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan rakyat serta menyediakan kemudahan asas seperti rumah yang selesa.

“Peruntukan bagi tahun 2011 telah habis disalurkan kepada golongan sasar dan bagi kerajaan negeri, soal pemilikan rumah sangat penting kerana ia merupakan keperluan asas,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco pertama bagi 2012 di Ipoh, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");