Isu Panas

Rakyat Malaysia Mesti Pegang Pengakuan Peguambela Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 Jan – “Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga”, demikian pandangan bekas pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lokman Noor Adam berhubung keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Walaupun baginya keputusan mahkamah itu mengecewakan jutaan rakyat Malaysia, namun beliau tetap berpegang kepada kata-kata dua peguambela Anwar Ibrahim iaitu Karpal Singh dan Sankara Nair.

“Karpal kata ‘hubungan Anwar-Saiful berlaku suka sama suka dan bukan secara paksaan. Ini bermakna Ketua Peguam Anwar sendiri mengaku bahawa hubungan seks sejenis berlaku.

“Karpal kata ‘hubungan Anwar-Saiful berlaku suka sama suka dan bukan secara paksaan. Ini bermakna Ketua Peguam Anwar sendiri mengaku bahawa hubungan seks sejenis berlaku.

“Kedua, peguam Anwar, Sangkaran Nair dalam prosiding mahkamah mengatakan bahawa DNA Anwar dimasukkan kedalam rektum Saiful menggunakan objek plastik. Ini bererti, dia mengakui bahawa sperma dalam rektum Saiful milik Anwar.

“Persoalannya, bagaimana pihak yang hendak menganiaya Anwar boleh mencuri sperma Anwar tanpa kerjasama Anwar“, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Tegas beliau sperma itu hanya boleh berada dalam rektum Saiful sekiranya hubungan luar tabiie itu berlaku dalam keadaan Anwar tidak memakai jaket keselamatan (kondom).

“Jika benar kata Sangkaran Nair ianya dimasukkan dengan menggunakan objek plastik, bila pula Anwar menjalani proses penghasilan bayi tabung uji yang memerlukan beliau menyerahkan spermanya sehingga terdedah pada risiko spermanya dicuri.

”Bukankah Anwar mempunyai enam orang anak dan Wan Azizah tidak mempunyai masalah kesuburan”, ujarnya.

Jelasnya lagi mungkin hari ini Anwar dilepaskan oleh mahkamah kerana mahkamah tidak mahu membuat keputusan semata-mata menggunakan bukti DNA tetapi beliau percaya perkara sedemikian tidak akan ada titik noktah dan lambat laun kebenaran akan terbongkar jua.

-MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");