Berita Hari Ini

Ramalan Storan Data Yoshida Mungkin Berlaku Di Malaysia, Kata Hitachi

Tiga daripada 10 Aliran Utama yang diramalkan oleh Hu Yoshida, naib presiden merangkap ketua pegawai teknologi Hitachi Data System dijangka berlaku dalam industri storan data Malaysia tahun ini.

Pengarah Urusan Hitachi Data Systems Sdn Bhd Johnson Khoo berkata satu daripada tiga ramalan melibatkan ‘Big Data’.

“Ledakan data tidak berstruktur dan aplikasi mudah alih akan menjana peluang besar bagi pewujudan nilai perniagaan, kelebihan kompetitif, dan sokongan keputusan sekiranya data ini boleh diurus dan diakses dengan cekap,” kata Khoo yang memetik ramalan Yoshida.

“Saiz set ‘Big Data’ yang besar dan berat akan menjadikannya tidak praktikal untuk disalin, disokong dan dikendali menerusi kaedah tradisional,” katanya sambil menambah ‘Big Data’ adalah lebih kepada maklumat yang boleh didapatkan daripada persilangan banyak set data atau objek.

Pada 2012, akan terdapat banyak penggunaan pakai platform kandungan sebagai persediaan awal bagi analisis terperinci ‘Big Data’, katanya.

Menurut satu kaji selidik IDC baru-baru ini yang berlatar belakangkan bencana alam semulajadi, pergolakan politik dan krisis ekonomi yang mencetuskan ketidakstabilan kewangan pada 2011, “keadaan tidak menentu mewujudkan cabaran bagi profesional IT untuk menangani isu storan seperti ‘Big Data’ dengan bajet terhad pada 2012.”

Lagipun, keperluan perniagaan bagi analisis lebih mendalam mengatasi keupayaan sistem mereka bagi memastikan data yang mereka miliki relevan, tepat pada masa dan berguna, demikian menurut kaji selidik itu.

Ramalan Yoshida menangani isu-isu ini.

Yoshida terkenal dalam industri IT — Network World baru-baru ini menyenaraikan blog beliau sebagai antara ’10 paling berpengaruh’ dalam industri storan.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");