Membawang Hari Ini

Rumah Wardina Safiyyah dirompak, rugi RM20,000

PERSONALITI TV, Wardina Safiyyah Fadlullah, 33, kerugian kira-kira RM20,000 selepas rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa di sini dirompak oleh tiga lelaki yang memakai tudung.

Perompak berkenaan dipercayai warga Indonesia berdasarkan kepada percakapan mereka.

Ketika kejadian yang berlaku pada jam 3.15 pagi itu, suami Wardina, Ikhwan Johari, 36, dipukul di kepala dan kaki menggunakan pemutar skru serta batang kayu sebelum diikat menggunakan wayar selama 45 minit.

“Kami dirompak! Tiga perompak datang ke rumah kami baru tadi!” katanya dalam mesej Twitter dihantar sekitar 5 pagi.

Menurut Wardina, ketika dirompak mereka hanya mampu bersembunyi di sebalik selimut dan suaminya Ikhwan telah dipukul.

“Kesemua lima komputer riba telah diambil (oleh perompak),” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");