Berita Hari Ini

Sektor Swasta Penting Untuk Kejayaan Malaysia, Kata Rosmah

Sektor swasta mempunyai peranan penting dalam memastikan Malaysia mencapai matlamat menjadi negara maju menjelang 2020 kata Datin Seri Rosmah Mansor.

Isteri Perdana Menteri itu berkata kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi memberi penekanan kepada peranan sektor swasta untuk memacu ekonomi negara, yang mana 95 peratus daripada dana pertumbuhan harus dihasilkan sektor itu.

Berucap pada majlis penyampaian Anugerah Perusahaan 1Malaysia di sini Selasa malam, beliau berkata negara yang berdaya saing tinggi di dunia diteraju oleh sektor swasta yang kukuh dalam membangunkan pasaran dan ekonomi.

“Kejayaan seterusnya akan datang daripada pereka inovasi dan usahawan.

“Sektor swasta mempunyai tanggungjawab menasihatkan kerajaan mengenai bidang yang ada peluang pertumbuhan, yang mana kerajaan boleh permudahkan urusan melakukan perniagaan,” katanya.

Rosmah juga berkata keupayaan negara menghasilkan rakyat yang dapat melakukan yang terbaik daripada pelbagai bangsa dan kebudayaan juga penentu kejayaan pada masa hadapan.

Katanya cabaran Malaysia bukan kerana ketiadaan bakat tetapi keupayaan kita dalam mengenal pasti, melatih dan memberi latihan semula kepada bakat terbabit agar seiring dengan pergerakan masa.

Mengambil contoh Finland, Rosmah berkata negara itu berjaya menjadi negara berdaya saing tinggi di dunia hari ini kerana kejayaannya melahirkan bakat sendiri serta pelaburan besar dalam bidang penyelidikan dan pembangunan sekalipun sumber semulajadinya terhad.

“Penekanan kita dan komitmen untuk melatih pemimpin muda bagi menguasai pasaran dan melatih semula mereka yang telah matang untuk menghasilkan semula pasaran akan membentuk kejayaan sektor swasta kita,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");