Membawang Hari Ini
Like

Soseh Soseh: Penyanyi nasyid minat sejenis?

January 11, 2012
78 Views
0 Comments
2 minutes read
Soseh Soseh: Penyanyi nasyid minat sejenis?

TERKEJUT ‘beruk’ SS petang minggu lalu apabila menerima satu panggilan telefon daripada seorang pembaca Harian Metro yang menceritakan mengenai pengalaman dirinya.

Bukan kisah mistik atau kejadian aneh yang berlaku, sebaliknya si pemanggil itu bercerita mengenai dirinya yang ‘dilamar’ seorang artis lelaki.

Apa yang buat SS terkejut kerana si pemanggil tadi juga seorang lelaki.
Kisahnya mereka berdua berkenalan di satu laman sosial khusus bagi golongan lelaki songsang dan artis itu juga dikatakan masuk ke laman sosial berkenaan.

Lebih mengejutkan SS, artis lelaki itu selama ini dilihat memperjuangkan irama nasyid dan berimej sangat sopan.

Siapa sangka sebab selama ini dia juga nampak selalu berkopiah dan tutur bicaranya halus. Akan tetapi rupa-rupanya imej itu sekadar mengabui mata masyarakat saja.

Khabarnya, artis tadi itu memang sudah lama berjinak-jinak dengan dunia songsang namun ia cuma ia dibuat secara samar-samar saja.

Jelas pemanggil tadi, artis tadi turut mengajak dia keluar dan mahu mengenali latar belakangnya dengan lebih mendalam. Namun pemanggil itu berkata dia pula yang segan sebab nanti panjang cerita.

Remang sekejap bulu roma SS memikirkannya. Nampak luaran bukan main lagi baik tapi rupa-rupanya orang sebegitu macam ketam mengajar anaknya berjalan.

SS bukannya sibuk nak menjaga tepi kain orang tapi sekadar ingin menasihatkan kepada golongan selebriti kerana mereka sentiasa dikenali peminat. Kalau si pemanggil itu nak buat jahat dia tentu boleh berjumpa artis itu malah silap hari bulan ada pula aksi tidak senonoh dirakamkan dan kemudian disebarkan dalam Internet.

Masa ini baru jadi macam filem Klip 3GP. Menangis air mata berlian pun tidak ada gunanya. Tahu sajalah zaman sekarang.

-Harian Metro-

Komen & Pendapat

Leave a Reply