Sukan Hari Ini

Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di naik taraf

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berpuashati dengan kerja-kerja menaiktaraf tempat duduk berbumbung dan karpet baru Stadium Hoki Sultan Azlan Shah ketika membuat tinjauan ke stadium ini petang ini.

Lawatan baginda turut diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Padzi Paharuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim dan Presiden Persatuan Hoki Perak, Datuk Abdul Rahim Md Arif.

Dalam lawatan singkat selama 45 minit itu, baginda turut mencemar duli turun ke padang bagi meninjau keadaan karpet baru mengikuti spesifikasi Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
yang keseluruhan pemasangannya menelan belanja sebanyak RM1.1 juta.0

Selain itu, bagnda turut meminta beberapa pegawai Persatuan Hoki Perak memukul bola bagi memastikan ianya sesuai dan dipasang dengan betul.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, kerja-kerja naiktaraf stadium itu adalah sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang dijadual pada 24 Mei hingga 3 Jun depan.

”Kerja naiktaraf ini akan siap sepenuhnya pada awal Mei ini dan apabila siap kelak stadium ini merupakan yang pertama di Asia menggunakan karpet ini.Karpet yang sama akan digunakan dalam kejohanan olimpik di London tahun ini.

”Dan Tuanku telah bertitah supaya kita memawa pasukan negara berlatih di Ipoh bagi memudahkan mereka menyesuaikan diri serta memantapkan permainan,”katanya.

Tambahnya lagi, kerja-kerja lain adalah memasang bumbung di tempat duduk berhadapan tempat duduk utama bagi mengelak cuaca panas kepada penonton ketika perlawanan berlangsung.

“Apabila siap kelak, stadium ini akan berwajah baru dan menyerupai stadium litar Formula 1,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, lima pasukan iaitu Australia, Pakistan, New Zealand, Belgium dan Malaysia telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan 11 hari itu.

“Kami masih menunggu pengesahan dari Great Britain dan Holland manakala Jerman tidak dapat menyertai kejohanan kali ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");