Isu Panas

Sultan Selangor perkenan batal jawatan Exco Hasan Ali

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bersetuju mengenai pelucutan jawatan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai EXCO kerajaan negeri, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid.

Abdul Khalid berkata, baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan Hasan Ali sebagai EXCO kerajaan negeri dalam masa terdekat.

“Jawatankuasa PAS pusat yang bersidang pada 8 Januari lalu membuat keputusan memecat beliau daripada menjadi ahli PAS berkuatkuasa serta-merta.

“Memandangkan Datuk Hasan Ali bukan ahli PAS, saya membuat keputusan bahawa beliau tidak lagi boleh menjadi Ahli EXCO kerajaan negeri, katanya ketika sidang media selepas menghadap Sultan Selangor, di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini, sebentar tadi.

Abdul Khalid berkata, baginda Sultan menurunkan kuasa kepadanya untuk melantik Ahli EXCO kerajaan negeri yang baru dan menasihatkan beliau supaya menjalankan tanggungjawab dengan sempurna tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Beliau berkata, pelantikan Ahli EXCO yang baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada 18 Januari 2012 ini.

“Saya akan berjumpa dengan pemimpin PAS Pusat bagi membincangkan calon yang layak menjadi Ahli EXCO kerajaan negeri bagi menggantikan Hasan Ali.
“Buat masa ini saya masih belum menerima surat rasmi daripada Datuk Hasan Ali mengenai peletakan jawatan beliau,” katanya.

Beliau juga berkata, Hasan Ali perlu menyerahkan kembali kemudahan yang diterimanya sepanjang berkhidmat sebagai Ahli EXCO Kerajaan negeri mulai Isnin ini.

“Ini adalah prosedur yang perlu diambil kerana beliau tidak lagi layak menerima sebarang keistimewaan sebagai Ahli EXCO kerajaan negeri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");