Isu Panas
Like

Tindak Tanduk Pas Kini Cemar Imej Islam – MUBARAK

January 13, 2012
122 Views
0 Comments
2 minutes read
Tindak Tanduk Pas Kini Cemar Imej Islam – MUBARAK

KUALA LUMPUR, 12 Jan – “Pas sepatutnya menjaga imej agama Islam itu sendiri agar ianya tidak diperkotak-katikkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab hanya kerana kepentingan politik. Negara kita adalah negara Islam contoh.

“Sekiranya perbuatan mereka mencemarkan imej Islam maka negara luar terutama barat akan terus melabelkan Islam itu sebagai pengganas memandangkan kini pada mata barat Islam itu adalah satu agama yang ganas,” ujar Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Datuk Seri Abdul Aziz Rahman.

Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas mengenai tindakan Pas yang memecat bekas pesuruhanjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali selepas mengeluarkan kenyataan membabitkan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, tindakan mereka memecat Dr. Hassan Ali secara tidak langsung menjejaskan imej Islam di mata dunia kerana negara barat sering memerhatikan apa yang terjadi di dalam negara ini.

Aziz yang ditemui selepas Majlis Dialog pemimpin kanan Mubarak/AJK Badan Pemikir Mubarak dengan Persatuan Pekerja-Pekerja MAS di Menara Dato’ Onn hari ini menjelaskan, perjuangan Pas yang kononnya mahu menegakkan agama Islam ternyata hanya satu retorik kosong.

Hakikat sebenar tegas beliau Pas itu sendiri telah lari dari landasan sebenar kerana mereka sanggup memecat tokoh agama hanya kerana tokoh berkenaan melahirkan pandangan yang sama sekali tidak bertentangan dengan Islam.

“Komen-komen dari segi kepimpinan itu adalah perkara biasa dalam politik. Jika kerana komennya terhadap kepimpinan parti dia dipecat, ianya jelas membuktikan bahawa semangat demokrasi itu tidak wujud dalam Pas. Saya merasakan tidak gunalah dilaung-laungkan mahu ketelusan dan sebagainya sekiranya perkara sebegini berlaku. Mereka sering mendesak kerajaan agar bersikap telus tetapi mereka sendiri penuh dengan propaganda.

“Saya fikir penyokong-penyokong Pas harus bersuara agar demokrasi dalam Pas diwujudkan. Jangan hanya pandai menuding jari ke arah orang lain sedangkan mereka sendiri tidak mencerminkan apa yang mereka katakan,” ujarnya lagi.

MediaUMNO

Komen & Pendapat

Leave a Reply