Membawang Hari Ini
Like

Wardina dirompak? Itu hanyalah lakonan je !!!

January 18, 2012
286 Views
0 Comments
6 minutes read
Wardina dirompak? Itu hanyalah lakonan je !!!
Minggu lepas beberapa akhbar melaporkan berita tentang rumah pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Saffiyah, dipecah masuk oleh sekumpulan penyamun.
Saya membaca berita tersebut dibeberapa portal online dan di akhbar Sinar Harian. Pada awalnya saya tidak mengesyaki apa-apa dan menerima berita tersebut sepertimana berita-berita rumah orang-orang lain dipecah masuk.
Sinar Harian Ahad 15.01.2012 menyiarkan berita mengenai Wardina disamun untuk kali kedua
Tiga hari selepas berita pertama disiarkan di Sinar Harian, akhbar itu sekali lagi memberi liputan istimewa tentang kejadian yang menimpa Wardina pada hari Ahad lepas. Dalam berita tersebut Wardina banyak bermain kata-kata yang mempunyai elemen simpati, termasuklah menceritakan kisah anak-anaknya.
Perasaan cuak terhadap Wardina mula timbul dalam diri saya dan hati berkata “seolah-olah dalam negara ini dia sahaja yang kena rompak, sedangkan ramai lagi mangsa yang lebih teruk dari dia”.
Tup….tup….tiba-tiba hari ini sekali lagi Sinar Harian melaporkan kisah Wardina disamun dan masih lagi memainkan elemen simpati serta kenyataan yang terlebih mengada-ngada.
Sinar Harian Selasa 17.01.2012 menyiarkan berita mengenai Wardina disamun untuk kali ketiga
Jika begitu caranya saya berfikiran sudah tentu ada sesuatu yang tak kena dengan peristiwa yang menimpa Wardina. Mana mungkin setiap dua hari akhbar boleh melaporkan kisah dia disamun. Sedangkan banyak lagi peristiwa-peristiwa sedemikian yang menimpa orang lain tidak mendapat liputan seistimewa itu . Lagi pun kes yang melibatkan keluarga Wardina tidak melibatkan kematian atau kecederaan parah.
Timbul beberapa persoalan dalam fikiran saya.
Mungkinkah kejadian pecah rumah dan samun yang menimpa Wardina minggu lepas sebahagian dari plotnya untuk meraih simpati dan menaikkan balik popularitinya ?
Seperti yang kita semua tahu, populariti Wardina kini merundum selepas pendedahan beberapa blog sebelum ini mengenai hubungannya dengan parti PKR. Wardina menafikan perkara tersebut dan terpaksa mengambil cuti dua bulan sebagai pengacara rancangan Malaysia Hari Ini TV3.
Kita lihat apa yang dikatakan oleh Wardina sepertimana yang dilaporkan oleh portal klpos.com

Pelakon dan pengacara terkenal Wardina Saffiyah dirompak oleh 3 orang yang memasuki rumahnya di Bukit Antarabangsa di Ampang awal pagi tadi.

Menurut Laman Sosialnya, Twitter “Kami dirompak! Tiga perompak datang ke rumah kami baru tadi!” mesej melalui Twitter dihantar beliau awal pagi tadi.

Tambah Wardina lagi,dia dan keluarganya hanya mampu melihat ketika dirompak.sementara itu,Suaminya Ikhwan telah dipukul.Antara yang dirompak ialah 5 buah komputer riba katanya.

Mereka sekeluarga dilaporkan agak  trauma ketika ini.

Wardina juga memberitahu, dia terpaksa meminjam komputer riba jiran untuk memaklumkan insiden yang menimpa keluarganya.

Jelas Wardina, dia juga tiada telefon bimbitnya dan hanya boleh dihubungi menerusi e-mel dan Facebook.

“Sekarang banyak kejadian rompakan. Saya nasihatkan agar orang ramai berhati-hati,” katanya.

Orang kena samun dan trauma masih boleh pinjam komputer jiran  untuk bertwitter ?
Logikkah ?
Untuk tujuan apakah dia amat-amat memerlukan menghebahkan berita tersebut melalui twitter disaat dia dan keluarga sedang trauma ?
Kenapa dia tidak menunggu selepas keadaan tenang dan trauma telah pulih ?
Sanggup pinjam komputer jiran untuk tweet berita tersebut….
Tidakkah itu tujuan untuk menagih simpati dan seterusnya meraih populariti ?
Perkara sebenar hanya Allah dan Wardina yang sahaja yang tahu.
Jika Wardina ada jawapan kepada persoalan serta kekeliruan yang saya timbulkan, saya mengalu-alukan jawapan dari anda. Saya sentiasa bersedia menyiarkan penjelasan dari anda di blog ini.
Marah?

Nanti dulu. Baca dulu bawah neh ;

Masih marah?

Marahlah. Tapi jangan marah pada aku sebab bukan aku yang tulis benda kat atas neh semua. Ini adalah versi copy paste dari blogger yang berpolitikkan umno.


Wardina mungkin orang yang mereka benci kerana dia cenderung kepada bebas [bukan pr] dan bukan berpaksikan mana2 parti politik.


Tak hairan sebenarnya kisah wardina di mainkan di paper berulang kali kerana dia artis. Alah, amek satu contoh kisah fasha berpisah dengan jejai. Berapa banyak kali media dok ulang2 tayang kisah neh?


Hari neh berpisah, esok amek kenyataan jejai, then kenyataan fasha, then kenyataan nora, then meleret2 nak amek statement satu kampung sampai orang naik muak.


So sama juga dalam kes wardina. Dia artis dan popular memang lah wartawan suka siarkan statement dia beberapa kali. Bukan isu lah sampai sanggup nak kata dia berlakon di rompak.

Berhubung isu dia update di twitter selepas di rompak, apa yang peliknya? Benda neh normal. Saiful lepas hilang kereta pun terus update di fb dan twitter. Rasa bukan isu pun. Takde citer, buat citer ka?


Ha ha ha


Yang tak tahan tue, ada pula orang yang percaya. Hahahah.. tulis fitnah pun ada penyokong. Hanya pemfitnah je yang sokong tukang fitnah neh selalunya..

ha ha ha
Nak link blog dia? Tak perlu. Cukuplah keratan printscreen di bawah neh sebagai
bukti ;


Siapa RBF neh? Ia akan didedahkan sedikit masa lagi. Kitareoo !
-EhGosip-
Komen & Pendapat

Leave a Reply