Program Basmi Kemiskinan

Zambry Minta MBI, JKR Kaji Pembinaan Persimpangan U Berhampiran Pekan Tambun

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diminta membuat kajian untuk membina persimpangan U berhampiran Pekan Tambun bagi memudahkan kenderaan dari arah utara yang melalui susur keluar Lebuhraya Utara-Selatan untuk berpatah balik ke bandar Ipoh.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata persimpangan U itu boleh dijadikan sebagai laluan alternatif jika berlaku kesesakan lalu lintas.

“Hari ini saya membuat lawatan kerja di sini bagi melihat Projek ‘Touch Point’, iaitu persimpangan masuk (dari pekan Bercham) ke lebuh raya bagi mengurangan kesesakan semasa waktu puncak.

“Walaupun persimpangan ini telah siap dan akan mengurangkan kesesakan tetapi perlu ada satu lagi persimpangan bagi memudahkan kenderaan berpatah balik ke Ipoh,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata lebih 20,000 kenderaan menggunakan jalan Bercham-Tanjung Rambutan setiap hari dan laluan baru itu dijangka dapat mengurangkan jumlah kenderaan di kawasan berkenaan.

“Kita juga tidak mahu berlakunya kesesakan di kawasan Tambun dengan adanya persimpangan baru ini…kerana itulah kita mahu wujudkan satu lagi persimpangan baru di sana,” katanya.

Zambry berkata kerajaan negeri bagaimanapun menyerahkan keputusan kepada MBI dan JKR bagi mencari menyelesaikan masalah kesesakan di kawasan itu, sama ada dengan membina persimpangan U atau mencari kaedah lain seperti pembinaan lampu isyarat.

“Saya meletakkan cadangan ini sebagai keutamaan dan akan dibina secepat mungkin…tetapi saya serahkan kepada pihak MBI dan JKR untuk membuat keputusan,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");