Perak Hari Ini
Like

24 pasukan berentap rebut Piala Menteri Besar

February 28, 2012
91 Views
0 Comments
55 seconds read
24 pasukan berentap rebut Piala Menteri Besar

Sebanyak 24 kumpulan bola sepak veteran dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bakal berentap dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Untuk itu,  satu majlis penyerahan jersi kejohanan diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, malam tadi sebagai tanda bahang persaingan bakal bermula.

Dalam ucapan ringkasnya, Zambry berkata, bola sepak adalah antara sukan kegemarannya yang mampu memupuk sifat kerjasama dan perpaduan antara pemain.

Justeru katanya, hubungan ukhwah antara penjawat-penjawat awam di semua jabatan dan agensi di negeri tersebut dapat dijalin lebih erat melalui kejohanan seumpama itu.

Kejohanan itu turut mendapat sokongan pemain bola sepak negeri yang hadir sama bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanan di kalangan peserta.

Komen & Pendapat

Leave a Reply