Program Basmi Kemiskinan

3 NGO ANAK, BAPA dan KERABAT kacau kerajaan negeri Perak

3 NGO yang ditubuhkan oleh Parti Pas mula menyerang kerajaan BN Perak pula selepas gagal di Pahang dan lain-lain negeri.

Pas sudah kehabisan modal dan gagal menghasut peneroka Felda dan Felcra telah cuba sedaya upaya untuk menggagalkan projek kerajaan membangunkan ekonomi orang Melayu luar bandar.

Dalam isu Felda juga Pas cuba menipu peneroka kononnya mereka akan membahagikan tanah kepada setiap penoroka dan berjaya menjual borang untuk mendapatkan tanah dengan harga RM10 setiap borang. Bayangkan berapa banyak wang yang telah dikumpulkan oleh ANAK jika borang terjual kepada 100,000 peneroka?

Kerajaan telah berjaya menubuhkan Persatuan Bekas Tentera tetapi Pas menghasut bekas-bekas tentera supaya tidak menjadi ahli PBT, sebaliknya menyertai KERABAT yang ditubuhkan oleh Pas. Peliknya Pas gagal membela nasib bekas tentera sebaliknya menjerit-jerit agar kerajaan membela nasib mereka.

Ramai bekas-bekas tentera yang datang dari keluarga Pas telah terpedaya dengan agenda politik murahan Pas. PBT pernah menyuarakan kekecewaan kerana terdapat lebih 30,000 bekas tentera yang tidak menyertai PBT dan mereka inilah yang menjadi ahli KERABAT.

Konon cerita 7 ribu bekas tentera dijanjikan tanah, kenapa sewaktu 11 bulan pemerintahan Nizar Jamaluddin dahulu tidak memberikan tanah kepada mereka? Sedangkan kita semua tahu ramai orang-orang cina yang menyokong Dap memperolehi banyak tanah sedangkan orang Pas hanya penuh di ceramah-ceramah politik sahaja.

Berikut adalah apa yang disebut oleh Pas dalam blog Pas Perak.

Tiga Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) dan Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia ( KERABAT) menyerahkan momerandum kepada Menteri Besar Perak, Dato’ Dr Zambry Kadir.

Momerandum daripada ketiga-tiga NGO diketuai oleh Pengerusi BAPA Pusat, Hj Razman Zakaria diserahkan kepada wakil Zambry di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak petang tadi.

KERABAT mendesak kerajaan supaya menunaikan janji-janji kepada bekas tentera dan perajurit.

Katanya, kerajaan berjanji akan menyediakan 7,000 lot tanah kepada bekas tentera tetapi sehingga kini janji tersebut tidak ditunaikan.

“Saya berharap janji kepada lebih 36,000 bekas tentera dapat direalisasikan dengan segera,” katanya.

Tambahnya, kerajaan juga pernah berjanji dengan Majlis Bekas Tentera bahawa bekas-bekas tentera layak mendapat tanah pertanian tetapi hingga sekarang janji tersebut belum direalisasikan.

ANAK dalam momerandumnya berharap kerajaan tidak menyerahkan tanah milik Felda seluas 6,800 ekar yang kini dibawah Felda Plantation yang akan tamat perjanjiannya kepada Felda Global.

“Penyerahan kepada Felda Global memberi risiko tinggi yang membolehkan tanah ini tergadai kepada pihak asing,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Beliau mengaharapkan kerajaan yang diketuai oleh Zambry tidak membenarkan perkara ini terjadi.

Seterusnya, BAPA difahamkan perjanjian pihak Felcra dengan tuan tanah di kampung tradisional yang hampir 15 tahun masih tidak selesai

“Kami mohon kerajaan negeri supaya melihat perkara ini dan mengambil keputusan sewajarnya serta melangsaikan hutang tuan tanah,” ujarnya.

Turut hadir dalam penyerahan morendum tersebut ialah Bekas Pegawai Tinggi TLDM yang juga Penasihat Kerabat Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, Ketua Penerangan Dewan Ulama’ Negeri Ustaz Norazli Musa dan hampir 100 penyokong Pakatan Rakyat yang berarak dari Masjid Negeri hingga ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");