Sukan Hari Ini
Like

71 Gimnas Lelaki Ikuti Kem Pemilihan MSN

February 22, 2012
88 Views
0 Comments
58 seconds read
71 Gimnas Lelaki Ikuti Kem Pemilihan MSN

Buat julung kalinya, 71 gimnas lelaki sedang mengikuti kem pemilihan dan penilaian sukan gimnastik di gimnasium Majlis Sukan Negara (MSN) di sini.

Pengarah Cawangan Pelapis MSN Jefri Ngadirin berkata ini adalah kali pertama pihaknya menganjurkan program seumpama itu bagi mencungkil bakat-bakat baru gimnas lelaki dari Pusat Pelapis Negeri, Pelapis Serantau dan Pelapis Kebangsaan.

Beliau berkata kem latihan yang akan berakhir Jumaat ini mendapat sambutan amat menggalakkan dan berharap ia dijadikan program tahunan MSN.

“Selain sesi penilaian, atlet juga akan mengikuti beberapa aktiviti lain termasuk program latihan oleh bekas jurulatih kebangsaan China, Gao Jian yang juga panel penilai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Jefri berkata pihaknya turut mengadakan sesi pemilihan bagi gimnas elit dan pelapis kebangsan.

— BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply