Isu Panas
Like

Abdul Kadir perlu jelaskan dakwaan jumpa Anwar

February 29, 2012
146 Views
0 Comments
1 minute read
Abdul Kadir perlu jelaskan dakwaan jumpa Anwar

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir perlu memberi penjelasan mengenai desas-desus yang mendakwa beliau ada berjumpa dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan strategi melemahkan UMNO dari dalam.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, penjelasan itu penting bagi membuktikan dakwaan bahawa Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dipimpin beliau bukan pertubuhan yang mengikut telunjuk Anwar.

‘‘Di dalam Pas, kumpulan Anwarinas telah digunakan untuk membaca skrip yang disediakan Anwar.

‘‘Adakah dalam UMNO sekarang, Amanah pula akan menjadi pembaca skrip yang ditulis oleh Anwar?,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada tindak-tanduk Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Amanah kebelakangan ini dilihat cenderung kepada pembangkang dan memburuk-burukkan kerajaan.

Abdul Kadir juga pernah dilaporkan berkata akan berada di barisan hadapan sekiranya perhimpunan Bersih 3 diadakan serta mengerahkan semua ahli Amanah untuk menyertai perhimpunan tersebut.

– UTUSAN MALAYSIA

Komen & Pendapat

Leave a Reply