Membawang Hari Ini

Ana Raffali Nikah 25 Februari Ini

Penyanyi Ana Raffali atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali, 27,akhirnya mengesahkan bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama juruvideo, Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim, 30, pada 25 Februari ini.

Majlis nikah pasangan tersebut akan berlangsung di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati.

Acara akan dimulakan dengan majlis bertunang sekitar jam 10.30 pagi dan hanya sejam selepas itu akan berlangsungnya majlis akad nikah yang akan dilaksanakan oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.

Ana Rafali yang ditemui dalam sidang media di sini petang tadi, telah mengumumkan mengenai majlis pernikahannya itu dan turut memberitahu bahawa hanya akan mengadakan satu sahaja majlis perkahwinan serba sederhana.

“Pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada semua terutama media yang menganggap saya sengaja merahsiakan perkahwinan ini.

“Padahal sebenarnya saya hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan iaitu selepas memberi laluan kepada Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26).

“Namun saya bersyukur, kerana berpeluang untuk mengumumkannya sendiri dan serentak dengan itu memperkenalkan bakal suami saya.

“Sebenarnya perancangan untuk mengadakan majlis bahagia kami ini telah dilakukan dengan singkat sekali selepas keluarga Naim datang merisik ke rumah saya pada Disember tahun lalu.

“Kemudian kami bersetuju untuk mengadakan mengadakan majlis yang cukup sederhana yang hanya akan dihadiri oleh insan tersayang iaitu ahli keluarga dan rakan-rakan,” katanya yang ditemui dalam sidang media di PNB Darby Park, petang tadi.

Ana Rafali mengesahkan kemungkinan 1,000 orang tetamu akan hadir pada majlisnya yang menyaksikannya sebagai mempelai yang mengenakan busana rona kelabu kelak.

Mengenali bakal suaminya yang juga telah menjadi sebagai rakan karibnya sejak enam tahun yang lalu, pelatun lagu Tolong Ingatkan Aku itu mengakui bahawa dia mula terpikat kepada Naim yang penuh dengan sikap kesabaran.

“Kami mula berkawan melalui saudara saya yang memperkenalkan enam tahun lepas. Kemudian kami berkawan rapat dan kini tidak sangka hubungan itu sudah bertukar menjadi cinta.

“Saya rasa kami sesuai kerana dia adalah orang yang sentiasa mendampingi saya di waktu saya susah dan senang.

“Malah, dia seroang yang sentiasa bersabar dengan setiap kerenah saya selain bersikap jujur dengan perasaanya,” luahnya lagi

Pada sidang akhbar itu, kedua-dua orang tua Ana dan Naim serta keluarga terdekat juga turut hadir.

Ana turut melancarkan single lagu terbarunya berjudul Sampai Bila yang mengisahkan tentang detik-detik berputiknya kisah cintanya bersama Naim.

-Murai-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");