Membawang Hari Ini

Anuar Zain Terima Bayaran RM18,859.38

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan syarikat rakaman Synchrosound Records Label Music Sdn. Bhd. membayar royalti penjualan album penyanyi popular Anuar Zain, 42 sebanyak RM18,853.38.

Jelas peguam Anuar Zain, Aizul Rohan Anuar, pihak terbabit masih boleh membuat rayuan untuk mempertikaikan keputusan tersebut.

Tambah Aizul, anak guamnya juga mungkin akan merayu kepada mahkamah kerana amaun pampasan yang diberikan adalah berdasarkan kepada kaedah pengiraan yang digunakan oleh syarikat rekod berkenaan dalam pembayaran tahun 2004 dan ianya berbeza daripada kaedah pengiraan yang digunakan oleh Anuar Zain.

Pengiraan royalti yang digunakan oleh Mahkamah Tinggi untuk menentukan royalti yang terhutang telah diambil kira menerusi jualan album yang melebihi 15,000 unit sahaja.

Dalam penghakimannya, mahkamah menyatakan bahawa Anuar Zain tidak membangkitkan bantahan terhadap kaedah pengiraan sebelum ini.

Pada 14 Mei 2010, Anuar Zain telah berjaya memenangi kes saman tuntutan balas terhadap Syncrosound Records.

Susulan daripada itu, Mahkamah Tinggi kemudian memerintahkan syarikat rakaman berkenaan membayar royalti kepada Anuar Zain atas hasil jualan dua albumnya.

Kes bermula, apabila syarikat rakaman itu telah memfailkan satu saman terhadap Anuar Zain pada 21 April 2006 atas dakwaan melanggar perjanjian kontrak kerana tidak merakamkan tiga lagi album dengan syarikat berkenaan. Bagaimanapun, kes itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 2007.

Susulan daripada itu, pada 20 Jun 2006 Anuar Zain telah memfailkan satu saman balas terhadap Syncrosound dan memohon diberikan butiran atau penyata penjualan kesemua album yang diterbitkan oleh Syncrosound selain bayaran royalti yang diperuntukkan dalam perjanjian.

-murai.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");