Membawang Hari Ini
Like

Awie Masih Diserang Penyakit Misteri

February 12, 2012
175 Views
0 Comments
2 minutes read
Awie Masih Diserang Penyakit Misteri

SETIAP kali menerima tawaran projek besar, penyanyi dan pelakon popular, Awie mengakui dirinya pasti mengalami kesakitan dan gangguan dari segi mental dan fizikal.

Masih lagi belum pulih sepenuhnya daripada penyakit santau angin yang terkena pada dirinya, Awie menjelaskan penyakit yang dialami itu semakin menjadi-jadi tatkala beliau perlu menjalani latihan untuk menjayakan persembahan besar.

“Apabila saya mendapat projek besar saja, sakit yang saya alami akan datang. Kaki sakit, diganggu ketika keseorangan, membuatkan saya malas bekerja, cepat marah dan sebagainya.

“Malah beberapa jarum telah dikeluarkan dari kaki saya dan sehingga kini kaki saya masih sakit.

“Saya juga merasai pelbagai perkara pelik dan diganggu dengan perkara pelik,” katanya kepada portal murai.com.my ketika mengulas mengenai kesihatan dirinya setelah mengalami santau angin.

Baru-baru ini, vokalis utama kumpulan Wings itu telah membuat pengakuan terkena santau angin yang mana beberapa jarum halus dan bulu dikeluarkan dari badannya.

Tambah Awie lagi, dia kini sedang menjalani perubatan islam dengan beberapa ustaz serta mengunjungi beberapa buah negara luar untuk mengubati penyakitnya.

Meskipun tahu ada individu yang cuba menganiaya dirinya, namun jauh sekali di sudut hatinya untuk membalas perbuatan mereka.

“Saya masih berubat dan berusaha untuk memulihkan penyakit ini. Saya tahu ada individu yang melakukannya namun saya enggan menuduh. Jauh sekali untuk saya membalas perbuatannya itu. Semoga Tuhan membalas apa yang dilakukan pada diri saya,” katanya penuh kesal.

Mengakui perlu mengamalkan beberapa pantang larang untuk kesihatannya, namun dia tidak mampu melakukannya disebabkan kekangan masa.

“Ada beberapa tempat rawatan yang meminta saya mandi pada waktu tertentu , memakai benda tertentu, namun semua itu saya tidak dapat mengamalkannya kerana jadual saya sentiasa padat tetapi saya cuba untuk melakukannya.

“Saya tidak akan putus asa dan perlu kuat semangat untuk melawan penyakit tersebut untuk memastikan kesihatan saya pulih semula,” jelas lagi.

-murai.com

Leave a Reply