Perak Hari Ini

Blogger Sekupang Dua Saman Nga Kor Ming RM11 juta

Sebelum ini Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming memfailkan saman fitnah terhadap Blogger Sekupang Dua berkaitan dakwaannya yang menyatakan pemimpin DAP itu menyalahgunakan kuasa ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak.

Bagaimanapun hari ini, Sekupang Dua atau nama sebenarnya, Ahmad Sofian Yahya, 47, pula mengemukakan saman berjumlah RM11 juta terhadap Nga bagi menuntut rugi.

Menurut Sofian, tindakan Nga yang menyatakan sebelum seolah-olah sengaja memfitnah bloger berkenaan bertujuan untuk menjatuhkan reputasi beliau.

“Saman ini saya kemukakan sebagai saman balas kepada tindakan Nga yang saya anggap berbentuk fitnah dimana ia mampu menjatuhkan reputasi saya sebagai blogger.

“Jadi, hari ini mengemukakan tuntutan saman balas saya bagi menuntut ganti berjumlah RM 11 juta,” katanya.

Saman terbabit difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh pada jam 2.50 petang oleh firma guaman Ong-Hanim & Badrul.

Menurut Sofian lagi tuntutan itu berbentuk ganti rugi teladan dan ganti rugi keterlaluan yang tidak dinyatakan jumlahnya, faedah dan kos.

Selain itu katanya, selaku plaintif, beliau juga mahu Kor Ming selaku defendan menarik balik tuduhannya yang keluar dalam sebuah portal berita bertarikh 19 Disember yang menuduh plaintif mempunyai rekod mengada-adakan bukti serta memalsukan dokumen.

Berikutan itu, plaintif memberi tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan writ saman berkenaan kepada defendan untuk mengemukakan pembelaan atas tuntutan balas itu.

Pada 3 Januari lalu, Kor Ming memfailkan saman RM10 juta terhadap Ahmad Sofian berhubung dakwaan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian kontrak pakaian kot untuk ahli majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Sementara itu, dalam pernyataan pembelaan terhadap tuntutan Kor Ming itu yang turut difailkan oleh Ahmad Sofian petang semalam, defendan menyatakan istilah `rakan kongsi lelap’ yang diberikan oleh Kor Ming terhadap isterinya Seow Ching tidak terdapat dalam Akta Syarikat 1965 sebaliknya yang ada hanya istilah pemegang saham, pengarah atau pemilik.

Pada masa sama, defendan juga menyatakan sehingga kini Kor Ming tidak pernah membuat laporan polis berkaitan dakwaan itu dan Ahmad Sofian sendiri tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan atau disoal siasat di mana-mana balai polis, berbeza dengan defendan sendiri yang ada membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Defendan juga menganggap tindakan plaintif menyamannya sehingga RM10 juta sebagai berlebih-lebihan dan suatu bentuk tindakan mengganggu hak dan kebebasan bersuara terutama apabila ia turut disertakan dengan dokumen yang didakwa berlaku perbuatan berkenaan.

Sementara itu, pada sidang medianya, Ahmad Sofian berkata, bebanan pembuktian sebenarnya terletak pada bahu Kor Ming bagi membuktikan tidak berlaku salah guna kuasa dalam pemberian kontrak berkenaan.

“Saya mengemukakan tuntutan balas ini sebagai mewakili kira-kira 100,000 pembaca blog saya yang mahukan kebebasan bersuara tidak dihalang dengan tindakan saman,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");