Isu Panas

Demonstrasi: Anwar sokong Israel

BANDAR PERMAISURI – Dua laporan polis telah dibuat oleh wakil badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Majlis Belia Daerah Setiu (MBDS) dan Belia 4B Bandar Permaisuri berhubung kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong segala usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Permaisuri itu bertujuan untuk memastikan pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan yang sepatutnya kepada pemimpin pembangkang itu.

Menurut Pengerusi MBDS, Zokri Othman, kenyataan Anwar semasa  ditemubual oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini amat dikesali kerana ia jelas bertentangan dengan dasar luar Malaysia.

“Ini sebab, dasar luar Malaysia jelas memperlihatkan negara kita menentang kekejaman dan kekerasan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin selama ini.

“Jika Anwar menyokong usaha melindungi keselamatan Israel semata-mata untuk menjaga karier politiknya ia tidak munasabah sama sekali.

“Justeru itu, rakyat harus sedar dan bijak membuat penilaian tentang pemimpin ini (Anwar) yang sanggup berbuat apa sahaja demi meraih sokongan pihak tertentu,” katanya.

Menurutnya, siasatan secara terperinci wajar dilakukan bagi mengelakkan rakyat terutamanya pengikut setia Anwar terus tertipu dengan agenda yang sering diuar-uarkan oleh beliau.

“Kita tidak mahu keamanan dan ketenteraman negara Malaysia tergugat disebabkan kenyataan itu sehingga menimbulkan satu perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat negara ini,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Belia 4B Bandar Permaisuri, Marwan Ibrahim berkata, kedua-dua badan NGO yang dianggotai oleh belia memang menentang sekeras-kerasnya usaha yang menjejaskan keselamatan negara Malaysia.

“Walaupun berada di sebuah daerah kecil, suara hati golongan belia di sini rata-ratanya mahu siasatan lanjut dilakukan terhadap Anwar yang diibaratkan pandai berlakon

“Sekiranya betul beliau menyokong usaha melindungi negara Israel jangan terus dibiarkan kerana kita bimbang akan ada lebih banyak agenda yang boleh menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara Islam lain,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");