Sukan Hari Ini
Like

Ganjaran, pingat atlet positif dadah ditarik balik

February 14, 2012
113 Views
0 Comments
2 minutes read
Ganjaran, pingat atlet positif dadah ditarik balik

Wang ganjaran dan pingat emas atlet Kuartet 4×400 meter lelaki negara yang didapati positif dadah pada ujian ‘anti-doping’ sampel A’ akan ditarik balik apabila keputusan rasmi sampel B diperoleh.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata berkata sehingga kini beliau masih menunggu keputusan rasmi daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berhubung ujian sampel B.

“Jika didapati bersalah kita tidak akan teragak-agak untuk menarik balik wang ganjaran dan pingat yang diraih oleh atlet itu pada Sukan SEA lepas.

“Saya amat dukacita apabila mengetahui dari media bahawa kedua-dua ujian sampel A dan B adalah positif, namun belum mendapat laporan rasmi dari MOM,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Kementerian Belia dan Sukan di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini.

Semalam media tempatan melaporkan bahawa keputusan sampel air kencing B seorang atlet Kuartet 4×400 meter lelaki negara didapati positif dan beliau bakal berdepan hukuman keras berdasarkan peraturan yang ditetapkan Persekutuan Sukan SEA (SGF).

Disember lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengalungkan pingat kepada Kuartet emas 4×400 meter lelaki negara pada Majlis Penyampaian Hadiah Kemenangan Sukan di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Atlet Kuartet 4×400 meter lelaki negara itu — Muhammad Yunus Lasaleh, Sehzuan Ahmad Rosley, P.Uvaraaj dan S. Kannathasan — masing-masing menerima insentif berjumlah RM5,000.

Ahmad Shabery berkata MOM perlu memaklumkan kepada persatuan supaya tindakan tegas boleh diambil setelah keputusan rasmi diperoleh.

“Tindakan itu mestilah tidak dilihat sebagai penganiayaan kepada atlet dan atlet itu juga berhak untuk menjelaskan kepada persatuan dan masyarakat
bagaimana perkara itu boleh berlaku.

“Doping adalah satu perkara yang serius kerana ia adalah kesalahan besar dan memalukan negara,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat

Leave a Reply