Sukan Hari Ini
Like

Piala Uber: Malaysia Tewas 2-3 Kepada Hong Kong

February 17, 2012
97 Views
0 Comments
1 minute read
Piala Uber: Malaysia Tewas 2-3 Kepada Hong Kong

Skuad wanita negara tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam pusingan penentuan tempat ke-5 hingga 8 mengikut format round robin Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala Uber Zon Asia di Macau, China Jumaat.

Malaysia meraih dua mata menerusi beregu negara Wong Pei Tty/Chin Eei Hui apabila mereka mengalahkan beregu Hong Kong Poon Lok Yan/Tse Ying Suet 21-16, 21-18 dan beregu kedua Malaysia Goh Liu Ying/Lim Yin Loo menewaskan pasangan bergu Chau Hoi Wah/Chan Hung Yun 21-19, 21-15 dalam masa 30 minit.

Pasukan Hong Kong memulakan kempen dengan memperoleh mata pertama menerusi pemain perseorangan Yip Pui Yin yang dengan mudah mengatasi pemain negara Tee Ji Ying, 21-12 dan 21-9 dalam masa 26 minit.

Hong Kong terus mengumpul mata seterusnya apabila Chan Tsz Ka mengalahkan perseorangan kedua Malaysia Lydia Cheah 22-20, 18-21 dan 21-17, manakala Mong Kwan Yi menutup tirai perlawanan itu dengan mengatasi pemain peseorangan ketiga negara Sannatasah Saniru, 21-13 dan 21-15.

— BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply