Jenayah
Like

Ibu Maut Ditetak Anak Lelaki

February 21, 2012
110 Views
0 Comments
58 seconds read
Ibu Maut Ditetak Anak Lelaki

Seorang warga emas maut dipercayai akibat ditetak anak lelakinya dengan sebilah parang dalam kejadian di rumahnya di Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri dekat sini tengah hari Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Zakaria Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa A’inshon Abdul Rahman ,60, dipercayai ditetak suspek berumur 26 tahun pada bahagian belakang kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata ketika kejadian, tiada orang lain di rumah berkenaan melainkan mangsa dan suspek sahaja yang dipercayai penagih dadah.

Katanya pihaknya berjaya menahan suspek kira-kira dua kilometer dari rumah berkenaan.

“Polis telah menemui senjata tajam yang dipercayai digunakan iaitu golok (parang) perak di rumah berkenaan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

— BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply