Sukan Hari Ini
Like

Kelayakan Olimpik: Malaysia Gigit Jari, Tumpas 0-4 Kepada Jepun

February 23, 2012
96 Views
0 Comments
54 seconds read
Kelayakan Olimpik: Malaysia Gigit Jari, Tumpas 0-4 Kepada Jepun


Skuad Harimau Muda A sekali lagi dirundung duka apabila dibelasah teruk 0-4 kepada Jepun pada perlawanan kelima saingan kumpulan C Kelayakan Olimpik London 2012 bagi Zon Asia yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Jepun yang terus melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang gol Malaysia akhirnya berjaya memecah kebuntuan menerusi gol pertama yang dijaringkan oleh Sakai Hiroki pada minit ke-35.

Pemain berusia 22 tahun skuad Samurai biru, Osako Yuya kemudian menyumbang gol kedua hasil tandukan pada minit ke-44.

Pada babak kedua perlawanan, pasukan Jepun mula berpesta gol apabila Haraguchi Gengki menjaringkan gol ketiga pada minit ke-55, diikuti gol keempat oleh Saito Manabu lima minit kemudian.

Jepun dijadual bertemu Bahrain pada 14 Mac depan.

Komen & Pendapat

Leave a Reply