Sukan Hari Ini
Like

Kelayakan Piala Thomas: Malaysia Juara Kumpulan D, Tundukkan Korea Selatan 3-2

February 16, 2012
90 Views
0 Comments
1 minute read
Kelayakan Piala Thomas: Malaysia Juara Kumpulan D, Tundukkan Korea Selatan 3-2

Malaysia muncul juara kumpulan D selepas menundukkan Korea Selatan 3-2 pada perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Piala Thomas Zon Asia yang berlangsung di Macau hari ini.

Malaysia akan bertemu India esok pada saingan suku akhir, manakala pasukan Piala Uber yang juga layak ke suku akhir akan menentang Thailand.

Pada perlawanan hari Rabu, pasukan Malaysia mengutip mata menerusi pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei yang mengambil masa 42 minit untuk menjinakkan perseorangan utama Korea Lee Hyun Il 21-13, 21-15.

Mata kedua diperolehi menerusi pasangan beregu Koo Kien Keat/Tan Boon Heong yang menundukkan Yoo Yeon Seong/Ko Sung Hyun 21-14, 21-19 dalam masa 39 minit, manakala mata ketiga disumbang pasangan Lim Khim Wah/Goh V Shem yang menewaskan Lee Yong Dae/Shin Baek Choel 18-21, 21-19 dan 21-11.

Sementara itu bekas juara All England 2003, Muhammad Hafiz Hashim yang turun sebagai perseorangan kedua kecundang di tangan Shon Wan Ho 22-24, 16-21, manakala perseorangan ketiga Mohamad Arif Abdul Latif akur kepada Hong Ji Hoon 17-21,15-21.

Perlawanan akhir Piala Thomas dan Uber akan berlangsung di Wuhan, China dari 20 hingga 27 Mei ini.

— BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply