Sukan Hari Ini
Like

Kelayakan Piala Thomas : Malaysia Kalah 0-3 Kepada Jepun

February 18, 2012
96 Views
0 Comments
52 seconds read
Kelayakan Piala Thomas : Malaysia Kalah 0-3 Kepada Jepun

Skuad Piala Thomas negara tumpas 0-3 kepada Jepun dalam pusingan separuh akhir Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala Thomas Zon Asia di Macau, China Jumaat.

Walaupun kalah, skuad Piala Thomas negara telahpun layak ke pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, China, Mei depan selepas mengalahkan India 3-0 pada peringkat suku akhir pusingan.

Ketiadaan pemain perseorangan No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei ternyata memberi tamparan hebat buat skuad negara untuk mencuri satu mata dari Jepun.

Difahamkan, Chong Wei kini berehat sebelum membuat persiapan bagi menghadapi Kejohanan All England pada 6-11 Mac ini.

Skuad negara dijadualkan akan bertemu pasukan Indonesia Sabtu pada penentuan tempat ketiga dan keempat.

— BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply