Isu Panas
Like

Kerajaan Selangor Minta Jais Dan Mais Siasat Dakwaan Gerakan Murtad

February 23, 2012
96 Views
0 Comments
1 minute read
Kerajaan Selangor Minta Jais Dan Mais Siasat Dakwaan Gerakan Murtad

Kerajaan Negeri Selangor Rabu meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyiasat dakwaan bahawa terdapat unsur-unsur untuk memurtadkan umat Islam di negeri ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengesahan itu diperlukan berikutan dakwaan bekas exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali dan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung perkara itu.

Hasan mendakwa adanya usaha memurtadkan umat Islam berdasarkan kitab bible bertenaga solar (solar powered bible), mubaligh Kristian memakai jubah memasuki masjid serta minum dan mandi air suci (baptism).

Abdul Khalid berkata dakwaan Hasan itu tidak disertakan bukti kukuh hingga menyebabkan wujudnya rasa tidak selesa di kalangan masyarakat majmuk di negeri ini.

“Dakwaaan ini juga tidak konstruktif kerana ia semata-mata mahu melemahkan peranan Mais dan Jais,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan exco di sini, hari ini

— BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply