Berita Hari Ini
Like

Mahkamah Tolak Permohonan Mat Sabu Untuk Ketepikan Kes Fitnah

February 22, 2012
86 Views
0 Comments
48 seconds read
Mahkamah Tolak Permohonan Mat Sabu Untuk Ketepikan Kes Fitnah

Mahkamah Tinggi di sini Rabu menolak permohonan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk mengetepikan kes fitnah mengenai isu komunis Bukit Kepong terhadapnya.

Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.

Hakim Mohd Amin Firdaus Abdullah dalam membuat keputusan itu juga menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan kes bicara itu sehingga rayuan dikemukakan di Mahkamah Rayuan.

Hakim itu memerintahkan perbicaraan kes itu diteruskan di Mahkamah Sesyen, Butterworth.

Mohamad Sabu, 57, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, memohon mengetepikan pertuduhan itu pada Januari lepas.

— BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply