Program Basmi Kemiskinan

MBI syaratkan penganjur sedia tandas awam bergerak sempena Thaipusam

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mensyaratkan penganjur bagi upacara perayaan sempena Thaipusam untuk menyediakan tandas bergerak di beberapa kawasan yang dianggap strategik.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim, berkata penyediaan tandas bergerak di laluan antara Taman DR Senivasaggam ke Kuil Gunung Cheroh adalah perlu memandangkan tiada kemudahan itu sepanjang jalan.

Justeru, beliau menasihatkan penganjur supaya meletakkan kemudahan berkenaan di lokasi tumpuan untuk penggunaan pengunjung ketika itu.

“Dalam kes ini kita lihat penyediaan tandas awam bergerak adalah satu kemestian yang wajid disediakan oleh pihak penganjur bagi keselesaan pengunjung yang hadir.

“Perkara ini bukanlah dibawah bidang kuasa PBT, namun MBI akan meletakkan syarat penyediaan kemudahan itu menjelang perayaan Thaipusam dan saya akan pastikan ia masuk dalam syarat kelulusan bagi perayaan ini.

“Apabila mereka membuat permohonan untuk mengendalikan perayaan Thaiupusam kali ini, kita akan pastikan kemudahan tandas awam bergerak disediakan oleh pihak penganjur,” katanya.

Langkah itu diambil, setelah mendapat aduan dari pengurus restoran Darul Ridzuan yang terletak berhampiran dengan kuil berkenaan.

Pada 1 Februari lalu, PerakToday melaporkan masalah yang dihadapi premis itu akibat kebanjiran pengunjung sempena Thaipusam bagi menggunakan tandas.

Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati oleh pengurusnya, Shawal Hamid Mohd Husin, 29 tahun yang tidak tahan dengan kesan kedatangan ribuan pengunjung ke restorannya bagi tujuan itu.

Malah, ia juga menyebabkan operasi perniagaan terganggu selain menjejaskan kualiti kebersihan tandas restoran  menjadi sangat teruk disebabkan oleh terlalu ramai yang menggunakan kemudahan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");