Membawang Hari Ini
Like

Peminat Diana Danielle ditahan

February 28, 2012
284 Views
0 Comments
1 minute read
Peminat Diana Danielle ditahan

PEMINAT misteri yang sering mengganggu kehidupan seorang wanita dengan menghantar nota tertulis ayat-ayat cinta yang ditujukan kepada artis Diana Danielle dan penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei, akhirnya ditahan polis tengah hari, semalam.

Lelaki berusia 33 tahun itu adalah jiran mangsa dan ditahan di rumahnya di Wangsa Maju jam 1 tengah hari.

Ketua Balai Polis Wangsa Maju, Cif Inspektor Mispani Hamdan berkata, lelaki yang telah beristeri dan mempunyai empat anak itu mendakwa, mangsa mirip Diana Danielle yang dikenali sejak kecil.

“Dia juga mendakwa selalu berhubung dengan mangsa melalui Twitter, malah ‘artis’ berkenaan berbalas pesanan di Twitter menyebabkan suspek mengambil keputusan untuk mengenali mangsa,” katanya.

Beliau berkata, tiga ayam hidup yang dikirim suspek kepada mangsa adalah sebagai hadiah kepada artis pujaannya itu.

“Suspek dipercayai mengalami tekanan selepas dibuang kerja. Kami masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat

Leave a Reply