Program Basmi Kemiskinan

Pengurus Restoran gesa kerajaan sediakan kemudahan tandas bergerak sempena Thaipusam

Perayaan Thaipusam lazimnya disambut meriah oleh masyarakat kaum India namun ia dianggap sebagai satu penyeksaan Pengurus Restoran Darul Ridzuan apabila ribuan rakyat kaum ini membanjiri premisnya semata-mata untuk menggunakan tandas.

Menurut Shawal Hamid Mohd Husin, 29 tahun, memandangkan kedudukan restoran ini berdekatan dengan Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh yang menjadi tumpuan ketika perayaan itu, masyarakat kaum India sentiasa menggunakan tandas di premis itu.

Malah katanya, keadaan itu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini di mana setiap kali Thaipusam restoran itu terpaksa menyediakan kemudahan itu sedangkan ia bukanlah tanggungjawab mereka.

“Saya rasa tidak puas hati kerana perkara ini telah berlanjutan semenjak restoran ini dibuka iaitu sekitar 20 tahun lalu dimana masyarakat India sanggup beratur panjang untuk menggunakan tandas di sini.

“Langsung tidak ada kemudahan yang disediakan untuk rakyat yang merayakan Thaipusam dan saya pula yang terpaksa tanggung masalah yang tidak sepatutnya.

“Bayangkan orang ramai yang terpaksa beratur dan saya tidak boleh menghalang mereka daripada menggunakan tandas di premis ini setelah berjalan jauh untuk bersembahyang di kuil dengan ada di kalangan mereka membawa kanak-kanak,” katanya.

Tambahnya lagi, keadaan itu menyebabkan operasi perniagaan terganggu selain menjejaskan kualiti kebersihan tandas restoran  menjadi sangat teruk disebabkan oleh terlalu ramai yang menggunakan kemudahan itu.

“Bukan sikit yang hadir untuk merayakan Thaipusam…boleh dikatakan puluhan ribu yang datang dan mereka ini terpaksa menggunakan tandas di sini kerana tiada pilihan lain,” keluhnya lagi.

Justeru, Shawal menggesa agar pihak berwajib menyediakan kemudahan tandas bergerak di sepanjang jalan yang digunakan untuk perayaan itu.

Katanya, sebelum ini aduan telah disuarakan kepada pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) namun sehingga kini masih tiada tindakan yang dilakukan sepanjang perayaan Thaipusam diadakan.

“Kita minta kerajaan untuk sediakan kemudahan seperti tanda bergerak di sepanjang jalan bermula dari Taman Dr. Senivasagam sehinggalah ke Kuil Gunung Cheroh ini.

“Saya harap kerajaan supaya peka dengan masalah penganut agama Hindu yang merayakan Thaipusam kerana terpaksa berjalan jauh untuk menggunakan tandas malah perlu beratur panjang untuk menanti giliran.

Bagi menyelesaikan masalah ini, PerakToday akan meminta maklum balas dari pihak MBI dan Penasihat Hal Ehwal Masyarakat India kepada Menteri Besar Perak, Datuk S. Veerasinggam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");