Perak Hari Ini
Like

Peninju Malaysia dan Thailand berentap 10 Mac depan

February 23, 2012
103 Views
0 Comments
1 minute read
Peninju Malaysia dan Thailand berentap 10 Mac depan

Persatuan Muaythai Amatur Perak akan menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa yang membabitkan pertarungan antara peninju Malaysia dan Thailand pada 10 Mac depan.

Pengerusinya, Bernard Radin, berkata peninju terbaik negara seperti Ali Yaakob dan seorang peninju wanita juga akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang julung-julung kali diadakan di negeri Perak.

“Kejohanan itu akan berlangsung di Akademi Muaythai, Jalan Watson,  dekat Ipoh pada 10 Mac nanti, ” katanya kepada Perak Today, hari ini.

Mengulas lanjut, Bernard berkata, pihaknya turut menghargai kerjasama yang diberikan kerajaan negeri yang bertindak sebagai penaja kejohanan itu nanti.

“Saya berharap lebih ramai lagi pihak penaja tampil untuk memberi tajaan bagi membantu pertubuhan memajukan sukan muaythai yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat.

“Mulai tahun 2013, muaythai turut menjadi acara sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu, persatuan mahu mencungkil seramai mungkin bakat baru di Perak untuk diketengahkan di peringkat nasional dan antarabangsa,” kata Bernard lagi.

Tegasnya, pada Mei nanti, Liga Muaythai Profesional akan dilancarkan oleh Persatuan Muaythai Malaysia bagi mencari bakat baru di seluruh negara.

Katanya, liga itu berlangsung dalam tempoh empat bulan dan bergerak ke serata negeri.

“Perak turut terpilih menjadi salah satu lokasi kejohanan liga profesional itu nanti dan kita berharap rakyat terutamanya peminat sukan ini dapat datang beramai-ramai bagi memberi sokongan,” katanya lagi.

Komen & Pendapat

Leave a Reply