Perak Hari Ini

Perjanjian migrasi aset LAP-PAAB libatkan aset RM999.2 juta

Perjanjian migrasi aset Lembaga Air Perak (LAP) dengan syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan melibatkan nilai aset sebanyak RM999.2 juta apabila ia dilaksanakan tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri telah bersetuju untuk memindahkan pinjaman dan aset kepada PAAB serta mendapatkan pinjaman bagi projek baru daripada agensi itu berikutan penstrukturan semula industri air negara.

“Kerajaan negeri dan Persekutuan akan menandatangani perjanjian pemindahan (aset) dan pinjaman tidak lama lagi…melalui pemindahan pinjaman tersebut LAP masih memiliki aset bekalan air berjumlah RM408 juta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Penapisan Tebing Sungai Loji Rawatan Air Kota Lama Kiri, dekat Kuala Kangsar, Khamis.

Zambry yang juga Pengerusi LAP berkata, melalui perjanjian tersebut PAAB akan mengambil alih sebahagian daripada aset LAP yang merupakan aset pengurusan yang sebelum ini diuruskan LAP.

Melalui perjanjian itu juga, jumlah hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan berjumlah RM970.59 juta akan berkurangan kepada RM78.66 juta, katanya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");