Sukan Hari Ini
Like

Piala Liga: The Reds akhiri kemarau kejuaraan enam tahun

February 27, 2012
91 Views
0 Comments
1 minute read
Piala Liga: The Reds akhiri kemarau kejuaraan enam tahun

Liverpool mengakhiri kemarau kejuaraan selama enam tahun dengan menjulang Piala Liga selepas menewaskan Cardiff City 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 2-2 selepas mengharungi 120 minit perlawanan.

Cardiff berada di depan seawal minit ke-19 menerusi jaringan Joe Mason, sebelum kedudukan disamakan Martin Skrtel pada minit ke-60 untuk mengheret permainan ke masa tambahan.

Dirk Kuyt menceriakan penyokong Liverpool apabila menjadikan kedudukan 2-1pada minit ke-108, namun kegembiraan itu tidak bertahan sehingga wisel penamat dengan pemain pertahanan, Ben Turner muncul hero Cardiff dua minit sebelum masa tambahan tamat dan memastikan pertarungan dramatik itu ditentukan dengan sepakan penalti.

Kemenangan Liverpool diperolehi apabila pemain gantian Cardiff, Anthony Gerrard, adik sepupu kepada kapten Reds, Steven Gerrard, yang mengambil sepakan kelima yang juga terakhir, tersasar. – AFP

Komen & Pendapat

Leave a Reply