Isu Panas
Like

Tidak Perlu Berbai’ah Kepada Pemimpin Yang Hanya Manusia Biasa – Dr Mahathir

February 22, 2012
154 Views
0 Comments
1 minute read
Tidak Perlu Berbai’ah Kepada Pemimpin Yang Hanya Manusia Biasa – Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata seseorang Muslim tidak perlu berbai’ah kepada pemimpin yang hanya merupakan orang biasa.

Bai’ah bermakna kita ‘swear loyalty’ (sumpah taat setia) kepada pemimpin yang manusia biasa dan boleh buat benda yang salah…bahkan kita dapati banyak pemimpin PAS yang buat salah daripada segi agama,” katanya.

Katanya seseorang Muslim hanya perlu tunduk kepada Allah SWT dan mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah.

Dr Mahathir mengulas laporan akhbar Rabu bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah dan sesiapa yang melanggarnya “akan celaka dunia dan akhirat”.

“Tidak ada perlu Bai’ah kepada sesiapa…bukan pun Nabi, jadi nak Bai’ah buat apa?” kata Dr Mahathir pada sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana “Transformasi Minda Penyelidik Muda” anjuran Persatuan Pascasiswazah Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA di sini hari ini.

— BERNAMA

Komen & Pendapat

Leave a Reply